KENALI SIAPA CINTA SEJATI ANDA



HELLO READERS!

Salam 1 malaysia semuanya..Azfa tak tahu kenapa Azfa jd nerd n skema tetiba ni padahal Azfa nak share pasal love story kt korang..oke2,tukar..SALAM SAYANG+MANJA YANG TULUS IKHLAS DARI LUBUK HATI YANG PALING DALAM UNTUK DEAR2 SEMUA!..

walawey..!  cett !  haha...tu dia,kan da tersembur2 ayat bunga2 dr Azfa..haritu,dia bagi ni kat Azfa..siapa?bagi ape?meh sini Azfa nak share2 ngan dear2 semua..jom halakan mata hati u olls ke bawah...tada...







Gadis: Mengapa awak menyukai saya? Mengapa awak cintakan saya?


Jejaka: Saya tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu saya memang menyayangi dan mencintai awak!

Gadis: Awak tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana awak boleh katakan awak sayang dan cintakan saya sedangkan awak tidak boleh menerangkannya.

Jejaka: Betul! Saya tak tahu sebabnya tetapi saya boleh buktikan bahawa saya memang cintakan awak!

Gadis: Tak boleh beri bukti! Saya nak awak terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Tapi, kenapa pula awak tak boleh terangkan sebabnya?

Si Jejaka menarik nafas panjang dan dia berkata..

Jejaka: Baiklah! Saya mencintai awak sebab awak cantik, comel, mempunyai suara yang merdu, penyayang, kelakar, dan sentiasa merindui saya. Saya juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak awak melangkah, di situlah cinta saya bersama awak!

Si Gadis tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan Si Jejaka tadi. Namun begitu selang beberapa hari si Gadis mengalami kemalangan dan koma.
Si Jejaka amat bersedih. Di wad hospital, Si Jejaka menangis di tepi katil Si Gadis sambil berbisik..

“Awak! Jika disebabkan suara, saya mencintai awak.. Sekarang bolehkah awak bersuara? Tidak! Oleh itu saya tidak boleh mencintai awak kerana sekarang awak tidak dapat bersuara.
Jika disebabkan kasih sayang dan senda gurau, saya mencintai awak.. Sekarang bolehkah awak menunjukkannya? Tidak! Oleh itu saya tidak boleh mencintai awak ketika ini.
Jika disebabkan senyuman saya mencintai awak.. Sekarang bolehkah awak tersenyum? Tidak! Oleh itu saya tidak boleh mencintai awak. Jika disebabkan setiap langkah saya mencintai awak.. Sekarang bolehkah awak melangkah? Tidak! Oleh itu saya tidak boleh mencintai awak.
Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Saya tidak mempunyai sebab untuk mencintai awak lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Saya masih mencintai awak dulu, kini dan selamanya.

“Cinta tidak perlu ada sebab. Cinta lahir dari hati yang ikhlas. Saya terima awak seadanya. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat dan dipegang. Namun begitu. Ia boleh dirasai dalam hati..”


Azfa rasa nak pegi amek tisu n sagat2 kt hati..  *sebab hati dah menangis terharu..   ciss   ...macam mane pulak Azfa boleh tercair pulak ni..   adohai  .. pape pun,
THANX A LOT untuk dia..

DAH HABIS BACA?TAKNAK KOMEN KE?

4 ADMIRE HANTAR SURAT:

Jason Wade said...

apa yg highlight tu=)

NUR AZFARAH said...

@Jason Wade itu kata2 sampingan..bukan guy atau gurl tu yang cakap..

smilenajah93 said...

wahhhhaaaaa ! terharu sangat nie ! hee~

NUR AZFARAH said...

@smilenajah93 hehehe..memang terharu ..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...