WAHAI GADIS IMPIAN KAUM ADAM

>Hello readers 

u olls ape khabar?law ad yang sakit o demam2 tu,pegi makan ubat k...takmo skip2 makan ubat mcm Azfa taw...  ciss.. terbongkar sudah tabiat Azfa yang malas mkn ubat..
wahai u olls yang bernama gadis,perempuan,wanita,anak dara,dan yang se"masa" denganye,Azfa ada sesuatu nak inform korang pasal hal2 yang mungkin korang tahu,tapi korang terlupa..yelah..mane nak belajar lagi,kerja lagi,makan lagi,tidur,jalan2 kat shoping mall lagi,..hehe..kadang2 bila banyak bersosial ngan kwan2,kita terikut2 cara diorang..papepun,hopefully dengan ape yang azfa lihat tiap2 hari ni dapat dijadikan teladan untuk korang oke..Ape yang Cik Nur Azfarah ni selalu tengok hari-hari tu?jeng3...jom usha bawah ni meh..















BULU KENING YANG MACAM NAK GI SABIT RUMPUT BELAKANG RUMAH

>Menurut Bukhari " Rasullulah melaknat perempuan yang

mencukur (menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu
kening) " Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari



Memanglah korang akan nampak cantik sebab bulu kening tu lebih teratur n ada curve,tapi ape gunanya kalau tak nampak cantik di mata ALLAH?fikir2lah sikit..



 KAKI YANG CANTIK


>" Dan janganlah mereka ( perempuan ) membentakkan kaki

( atau mengangkatnya) agar diketahui perrhiasan yang mereka sembunyikan
"An-Nur : 31


Jadi,janganlah korang mengada2 nak menampakkan kaki korang yang putih melepak macam minah salleh tu oke..


WANGI-WANGIAN YANG MENUSUK LUBANG GUA ORANG

>" Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian
kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya , maka wanita
itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina " Riwayat Nasaii , Ibn
Khuzaimah dan Hibban.



Tak perlulah kod nk curah sebotol minyak wangi yg ade kat meje solek korang tu k..sket2 suda..jangan sampai ade lelaki yang terdetik "fuhh...wanginye dia ni.."..TINK...!terus jatuh dosa otomatik kt korang mcm korang isi duit dlm tabung tu ha..




LURAH GUNUNG EVEREST

>" Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung
hingga menutupi dada-dada mereka " An-Nur : 31


 Hey gurls,jangan lah bersikap cenggini,bende2 tu tak manis dilihat lagi2 oleh yang bukan muhrim..tolong jaga okep?..



LEHER JINJANG BURUNG KASAWARI

>" Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan
janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang
dahulu "



Cube bayangkan gaya siti nurhaliza tu..mcm tu lah contohnye bila tutup rambut tapi nampak leher..no point lah kalau rambut yang ikal mayang tu sibok sgt nak tutup tapi yang lain2 bolayan je..kalau leher tu bole talk,dia pun akan cakap kt tuan dia yang dia malu sebab xde seurat benang pun yang cover dia..



SENTUHAN YANG MERAYAP-RAYAP

>" Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu
lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal
baginya "
Riwayat At Tabrani dan Baihaqi

Da jadi standard action yang kita slalu tengok kat mane2 mall,si gilapren tak segan silu hold2 tangan ngan buayapren dia yang tercinta sgt tuh..memanglah nampak sweet,tp kan lebih sweet law sume tu hanya dilakukan lepas korang dah sah jadi isteri bf korang tu?


PAKAIAN YANG HAMPIR2 NAK JOLOK MATA AZFA
>" Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan ,
maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan dihari akhirat nanti "
Riwayat Ahmad , Abu Daud , An Nasaii dan Ibn Majah

" Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah
perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat
dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat . Mereka tidak akan masuk
syurga dan tidak akan mencium baunya " Riwayat Bukhari dan Muslim


KALAU KORANG TENGOK GURLS YANG PAKAI BAJU KETAT CM TAK CUKUP NAFAS,BAJU JARANG SAMPAI NAMPAK WARNA KULIT,KAIN TERBELAH SAMPAI PARAS PEHA,LAGI 5 CM JE NAMPAK BAHAGIAN YANG MEMALUKAN TU*ESPECIALLY BILE PAKAI BJU KEBAYA,KORANG PUN AKAN CKP "YEK..DIA TAK CUKUP KAIN KE NAK BUAT BAJU?"..betol tak? tu dia..azfa nampak korang angguk2 kepale.. keh keh..



RAMBUT KALER2 WEYH!

" Wahai anakku Fatimah ! Adapun perempuan-perempuan
yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah
mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh
lelaki yang bukan mahramnya " Riwayat Bukhari dan Muslim



Yes..memang rambut korang cantik2 belaka,ade yang hitam menawan,ade yang perang semulajadi,ade yg straight n silky, tak kurang jugak yg ikal mayang..tapi kalau bole,biarlah perhiasan korang yang indah tu hanya eksklusif untuk suami korang je...


GIRLS...korang sedar kan yang perempuan memang telah dicipta dengan indah...sampaikan kalau seorang lelaki ajnabi tu lihat kita,boleh lemahkan iman diorang..jadi,beware lah dengan keindahan korang tu..cantik memang cantik.tapi jgn sampai jadi hodoh bila di akhirat nanti k..papepun,semua orang x bole "main aci sorok" ngan kesilapan kan?tapi bile dah buat salah,jgn ulang lagi taw..Azfa sendiri pun banyk buat salah jugak..tapi bila azfa dah sedar,azfa akan cepat2 u-turn balik spy azfa tak leka...btw,keep in touch... (bukan keep in touch ngan buayapren pulak... cett ,korang ni ..hehe)  


TATA..










DAH HABIS BACA?TAKNAK KOMEN KE?

4 ADMIRE HANTAR SURAT:

Farhana Jafri said...

saya wanita chantek! hek3.. first tym snggah :D

NUR AZFARAH said...

@Farhana Jafriya....kamu seorang yg cantik ^_^...tq coz sudi singgah sini..

smilenajah93 said...

btul2 . jaga lah diri anda dhai wanita :)

NUR AZFARAH said...

@smilenajah93 :awak pun jaga diri kay?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...