ADAKAH ITU CANTIK DI MATA ANDA??




Siapa yg cantik? Awak cantik? Saya? Atau dia?
Kalau di Bollywood mungkin kata diorang, Aishwarya Rai yang tercantik, atau di Hollywood, Paris Hilton adalah cantik pada pandangan mereka dan mungkin juga di Malaysia, Fasha Sandha yang tercantik.
Siapa agakny yg dapat memberi definisi dan ciri-ciri tepat tentang apa yg dikatakan sebagai 'cantik'?
Cantik adlh sesuatu yang sangat subjektif. Setiap orang mempunyai definisi kecantikan masing-masing.
Tiada siapa dapat memberi definisi tepat tentang cantik.
Mata lah yang akan mendefinisi cantik
Kadang kala, cantik juga didefinisi mengikut tempat, kaum dan budaya.
Kalau di barat sekarang, the thinner the better, tapi berbeza pula di Mauritania, Africa, the bigger the better.
Orang di barat berperang dengan aneroksia dan bulimia akibat mahu kurus, sebaliknya di Mauritania, wanita mengamalkan 'makan paksa' sejak berumur 5-6 tahun untuk gemuk, agar menjadi cantik dan mudah mendapat jodoh.
Sungguh berbeza kan? Definisi kecantikan yang sungguh berbeza.
Ataupun, ada juga yang sanggup melakukan pelbagai cara yang pada pandangan kita pelik dan tidak masuk akal tetapi pada mereka, itulah cantik!
Satu kaum di Thailand menganggap leher panjang itu cantik, lantas sejak dari umur 5 tahun lagi, mereka sudah dipakaikan gelang logam di leher agar leher mereka akan menjadi semakin panjang dan panjang dan panjang justeru mereka cantik dan mudah mendapat jodoh.
Di Sarawak pula, suku kaum Oran Ulu menganggap telinga panjang itu sangat cantik pada mata mereka, lagi panjang, lagi cantiklah seseorang wanita itu pada pandangan mereka.
Tapi kini, generasi muda sudah tidak lagi mengamalkan amalan ini. (Mungkin sudah terikut-ikut definisi cantik barat..hmmm)
Perlukah jadi cantik?
Wanita Iran sanggup berkorban wang ringgit demi mendapatkan hidung yang diidam-idamkan lantaran kata mereka, hidung mereka besar.
Tetapi saya tertanya-tanya juga, bukankah mereka Islam dan Islam melarang pembedahan plastik untuk tujuan kecantikan? Wallahualam.
Bayangkan betapa wanita-wanita ini mahu kelihatan cantik.
Betapa pentingnya menjadi cantik pada seorang wanita itu.
Macam-macam sanggup dikorbankan, wang ringgit, masa, kesakitan yang perlu ditanggung demi cantik, bahkan, hukum agama pun sanggup dilanggar demi cantik.
Tidak kisahlah perbuatan mereka dilarang agama, janji mereka kelihatan cantik. Plastic surgery, Botox, liposuction, gastric bypass sekarang bermain di sekitar hidup wanita demi cantik.
Walaupun mereka sedar akan kesan sampingan perbuatan ini, semua itu ditolak tepi, demi CANTIK.


so...moral of the story,tak perlu takut sama ada anda cantik atau tak kerana walaupun semua org mangatakan anda tidak cantik,anda tetap cantik di mataNya.Tak perlu mengikut kata hati yg memberontak menginginkan kecantikan sehingga melanggar hukum2 Tuhan..dan meskipun semua org meng"cop" anda sbg seorg yg sgt cantik,bersyukurlah kerana Dia memberi kita kesempatan untuk meminjam wajah secantik itu drpdNya.Ingatlah,seseungguhnya wajah yg cantik itu hanyalah sebuah pinjaman sementara.JADI,.tak mao riak2 oke?..
DAH HABIS BACA?TAKNAK KOMEN KE?

3 ADMIRE HANTAR SURAT:

princessbalqishoney said...

salam..hye, sweet blog of yours..i follow yours, please follow me back k.thank u dear...

http://momochimiow.blogspot.com/

Towkey gambo said...

haha style

PURPLEVIOLET said...

@princessbalqishoneyu r welcome..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...