Syarat kelayakan untuk study dalam bidang kedoktoran dan lain-lain




Hello Readers 

Nak tahu sesuatu tak?Azfa rindu korang sangat2! sebab dah lama azfa tak online gara2 tahun ni kene disiplinkan diri dan berkorban sana sini demi result SPM yang dihajati ! *Aicehh..ayat nak yang bombastik aje*


Memandangkan tahun ni azfa harus tempuhi dan menatap 23 set paper SPM,azfa nak share dgn korang pasal syarat kelayakan untuk further study dalam bidang/course yg korang nak lepas SPM tu.

Majoriti suka nak jadi doktor,lawyer,pilot,chef,pharmacists,engineer, dan lain2.So...Adik-adik yang form 4 dan kawan2 yang form 5 tu meh sini kita tengok supaya korang tahu syarat2 untuk study bidang yang korang suka tu...






Program Asasi Sains

Memenuhi SYARAT AM UNIVERSITI dengan mendapat sekurang-kurangnya gred 2A dalam DUA (2) mata pelajaran dan gred 4B dalam DUA (2) mata pelajaran berikut :

  •  
  • Matematik Tambahan
  • Fizik
  • Biologi
  • Kimia  DAN
  • Bahasa Inggeris mendapat sekurang-kurangnyagred 4B
   (Keutamaan akan diberikan kepada calon-calon yang mendapat keputusan cemerlang)

Calon yang tamat program Asasi Sains dengan cemerlang serta MUET tahap 3berpeluang ke program Ijazah Sarjana Muda di UiTM atau IPTA lain dalam bidang:
  • Perubatan
  • Pergigian
  • Farmasi






JURUTERBANG




  • Boleh berkomunikasi dengan baik
  •  Menguasai bahasa Melayu dan Inggeris dengan baik
  •  Menguasai mata pelajaran Sains, Matematik dan Fizik
  •  Berumur di antara 18 hingga 24 tahun
  •  Mempunyai rekod kesihatan yang baik daripada segi fizikal dan mental
  •  Mempunyai pendengaran dan penglihatan yang baik (penglihatan 6/6 tanpa bantuan optik dan tidak buta warna)
  •  Ketinggian minimum tidak kurang daripada 160 cm (5 kaki 4 inci)
  •  Sanggup bekerja di luar stesen dalam tempoh masa singkat atau lama










Diploma Perakaunan


Memenuhi syarat am universiti dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran:

  • Bahasa Inggeris
  • Matematik/Matematik Tambahan sekurang-kurangnya gred 5C






PROGRAM ASASI UNDANG-UNDANG


Memenuhi SYARAT AM UNIVERSITI dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred 2A dalam mana-mana TIGA (3) mata pelajaran (tidak termasuk Bahasa Inggeris dan Matematik/Matematik Tambahan)

DAN

·         Bahasa Inggeris dengan mendapat sekurangkurangnya gred 3B
·         Kepujian Matematik/Matematik Tambahan

(Keutamaan akan diberikan kepada calon-calon yang mendapat keputusan cemerlang)




















Calon yang lulus dalam program Asasi Undang-Undang dengan mendapat HPNG 3.00 ke atas akan diserapkan untuk mengikuti program Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian) di Fakulti Undang-Undang UiTM. Calon perlu mendapat MUET Band 4 sebagai syarat kelayakan tambahan.






Asasi Kejuruteraan

Memenuhi SYARAT AM UNIVERSITI dengan mendapat sekurang-kurangnya gred 2A dalam DUA (2) mata pelajaran dan gred 4B dalam DUA (2) mata pelajaran berikut

·         Matematik Tambahan
·         Fizik
·         Biologi/Matematik
·         Kimia  DAN

Bahasa Inggeris mendapat sekurang-kurangnya gred 4B



Diploma Pengajian Perniagaan

Memenuhi SYARAT AM UNIVERSITI dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran:
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik/Matematik Tambahan



DIPLOMA SENI KULINARI

Memenuhi SYARAT AM UNIVERSITI dengan mendapat 7kepujian dalam mata pelajaran:
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik/Matematik Tambahan
Calon yang tamat program ini boleh memohon mengikuti mana-mana program Ijazah Sarjana Muda di mana-mana fakulti dengan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Universiti.



GRED SPM
sebelum 2010
mulai 2010
-
A+
1A
A
2A
A-
3B
B+
4B
B
5C
C+
6C
C
7D
D
8E
E
9G
G





DAH HABIS BACA?TAKNAK KOMEN KE?

8 ADMIRE HANTAR SURAT:

Hilmi Razali said...

yang pergigian,kedoktoran dan juga farmasi itu sangat2 lah bagus ! =D

PURPLEVIOLET said...

@Hilmi Razalimemang azfa letak bagus sikit sebab azfa suka bab doktor tu!haha

Hilmi Razali said...

haha tahu takpe ! =D

www.tuanbri.com said...

saya Akauntan!

Jom kongi Azam 2012 anda
dan menang hadiah menarik!

Layari Apa azam 2012 Anda?

Mimi said...

na jadik pakar anatomy camne pulak ?
haha . nice info .gudluck SPM yee . :DD

PURPLEVIOLET said...

@www.tuanbri.comterrornye math!sampai berjaya jadi akauntan kan3?

PURPLEVIOLET said...

@Mimi
pakar anatomy kene la belajar sama mcm doktor jugak.. :) nanti bila dah sampai satu tahap dlm study tu,kita boleh specialize bidang anatomy yg kita nak.

! . {}NOOR HANIS{}. ! said...

Wahwahwah ! Entri yang menarik ! ^_^ Terima kasih kerana kongsi maklumat ya ! ;D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...